Thursday, October 23, 2008

Wanita Yang Disukai Lelaki

* Sikap Keibuan
Byk lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki terasa tenteram ketika sedang stress, cemas, runsing dan gelisah namun berasa senang hati ketika mahu bermanja. Jgn tunggu smp melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan kerana setiap wanita ada potensi sifat keibuan dlm diri masing2.

* Keanak-anakkan
Dlm batas yg wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjd daya tarikan dimata seorg lelaki. Mereka berasa terhibur dgn keletah yg begini tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakkan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita yg ceria membuatkan lelaki lbh ghairah.

* Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuatkan lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dr perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sbgnya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tdk terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bkn2 sebaliknya cuba memahami akan duduk perkara yg sbnrnya.

* Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman semua lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatkan lelaki berasa bangga.

* Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya sendiri. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dgn dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki jg menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan. Demi kebahgiaan lelaki yg disayangi.

* Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual, walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita namun wanita tersebut dpt mengimbanginya. Dia bkn sekadar teman berbual yg pasif tetapi dpt memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendgr yg baik serta mengalihkan topik yg agak serius kpd yg lebih menarik. Lelaki jg suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

* Pandai Bergaul & Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn org yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar ataupun di desa.

* Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sbg seorg wanita, bersikap lembut tp tegas, manja tp garang dan mempunyai etika wanita yg sebenarnya. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan yg tinggi serta tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya sendiri. Dia tidak akan merendah-rendahkan martabat dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

* Simpati & Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pd nasib yg susah, sygkan kanak2 dan tidak memilih dlm berkawan. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hatinya yg mulia, ada kecantikan dalaman pd dirinya yg terpancar diwajah dgn indah serta pesona.

4 comments:

Faryal Adzrin @ Al said...

semua yg akak senaraikan tu sama mcm adik kan akak... wahhh bangga nya al hehehe..

Kasih Alyza said...

ya ya btl btl btl (style upin & ipin) hehehe..

Anonymous said...

hohoho, smua mcam al ya hikss

Faryal Adzrin @ Al said...

ya la kak yani, mesti lah ciri2 tu sama mcm al kan hehehe...